Anda rasa anda Usahawan Hebat? Anda punya semangat membara untuk "menjual" idea/produk/khidmat anda kepada bakal pelabur/pembeli?
Sertai Pertandingan Akademi Usahawan (PAU)!
Terbuka kepada semua ahli KUS. Setiap peserta individu/berkumpulan (TERHAD KEPADA LIMA SAHAJA) hendaklah membentangkan idea atau mempromosikan produk/perkhidmatan dalam masa lima minit di hadapan juri-juri dari kalangan usahawan dan jurulatih usahawan, termasuk dari Kuala Lumpur - MDEC & Alpha Catalyst Consulting untuk memenangi trofi KUMIK '09 dan hadiah.
Pelbagai Sesi Ilmu dan Bengkel Praktikal Komputer/Pemasaran Internet juga ada untuk para usahawan niaga/sosial dan bakal-bakal usahawan muda - terbuka kepada semua peserta berdaftar!
Lanjutan daripada program Blog Bash Penang City 2009 @ Balik Pulau, dan sempena Minggu Keusahawanan Global-Sedunia 2009 (MuG '09) anjuran Yayasan Ewing Marion Kauffman & Make Your Mark (16-22nov09), KUS Balik Pulau dengan sokongan Multimedia Development Corporation (MDEC/MSC Malaysia), Alpha Catalyst Consulting, Asmana Group, ICT Penang, Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA) dan TechBiz Penang menganjurkan program sehari Karnival Usahawan Muda Inovasi & Kreatif 2009 (KUMIK '09).
KUMIK '09 akan menyertakan Rangkaian Usahawan & Organisasi Sokongan, Taklimat Inovasi & Industri Kreatif, Ceramah Keusahawanan Komuniti dan Pemasaran Internet, Pertandingan "Akademi Usahawan" (PAU '09) dan Bengkel "Hands On" ICT & Media Sosial.
Minum pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan. Setiap peserta Akademi Usahawan & Bengkel ICT/Media Sosial juga akan diberi sijil penyertaan.
NOTA:
Bengkel-bengkel di atas sebenarnya adalah "percuma" untuk ahli Kelab Usahawan Sosial (KUS) atau ahli Pusat Internet Desa (PID), sama ada di Balik Pulau atau mana-mana PID di seluruh negara - selepas ditolak harga cenderamata "mug" untuk setiap peserta. Sekiranya anda belum menjadi ahli KUS/PID, jemputlah daftar dahulu atau pilih pakej berkenaan di atas. Yuran tahunan cuma RM20 (tiada yuran masuk), dan PID cuma RM10 (pakej keluarga: RM25 sahaja).
Untuk mendaftar sebagai ahli KUS, sila guna borang Paypal bertanda "Subscribe" di bawah untuk mendaftar dan membuat pembayaran secara online: (menggunakan kad kredit atau dana sedia ada Paypal)
(Pendaftaran & pembayaran boleh juga dibuat di mana-mana Pusat Internet Desa (PID))
Caj yuran tambahan di atas hanya untuk pembayaran menggunakan Kad Kredit (melalui Paypal). Untuk pembayaran tunai, sila bayar harga pakej pendaftaran. Sekiranya Pembatalan sebarang pesanan hanya diterima sebelum tarikh tutup pendaftaran setiap acara/penerimaan pesanan barang, tolak caj pentadbiran/pemprosesan sebanyak RM10.
14 NOVEMBER 2009
Dato'/Tuan/Puan/Cik:
Sempena Minggu Keusahawanan Global 2009 (G.E.W.) yang bakal
disambut buat kali kedua oleh jutaan orang di seluruh dunia pada 16hb hingga 22hb November 2009, Kelab Usahawan Sosial (KUS) Balik Pulau, dengan kerjasama Pusat Internet Desa Balik Pulau (sebuah inisiatif Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) akan menganjurkan Karnival Usahawan Muda Inovasi & Kreatif 2009 (KUMIK '09) sebagai program bermanfaat untuk ahli-ahli dan warga komuniti setempat.
Karnival ini beraspirasi untuk menggerakkan usahawan-usahawan
dan bakal-bakal usahawan untuk berhubung dan mengadakan sebuat platform
kerjasama setempat dan sedunia, di antara organisasi-organisasi akademik dan
syarikat-syarikat, dan badan-badan NGO dengan agensi-agensi kerajaan ke arah
mencetuskan idea-idea baru untuk
mengusahakan perniagaan, dan melahirkan usahawan-usahawan yang lebih
berupaya.
Program-program yang dianjurkan adalah seperti dalam bahagian pesanan tiket untuk mengesahkan kerusi yang terhad untuk setiap bengkel.
KUS mengalu-alukan organisasi Tuan/Puan untuk turut serta dan menyokong inisiatif ini sebagai rakan usahasama, di samping juga terlibat dalam mana-mana daripada ratusan
aktiviti yang bakal diadakan di seluruh negara, dan ribuan aktiviti lain
di seluruh dunia – silalah mendaftar di
http://gewmalaysia.com untuk mengesahkan penyertaan dan untuk menerima
berita-berita mengenai G.E.W.
Ikhlas,
Sekretariat KUS-PID Balik Pulau
14 NOVEMBER 2009
Dear Dato'/Sir/Madam/Ms:
In conjunction with the 2nd Annual Global
Entrepreneurship Week 2009 (“the Week”) being celebrated by millions of people around
the world this coming 16 to 22 NOVEMBER
2009, Balik Pulau Social Entrepreneurs Club (KUS-BP) in collaboration with Balik Pulau Rural Internet Centre (an initiative by the Ministry of Information, Communication and Culture) is organizing a Young Entrepreneurs Innovation & Creative Carnival for the benefits to members and local community .
This Carnival is aspired to rally entrepreneurs and future
entrepreneurs to connect and establish a platform of cooperation both locally
and globally, between schools and companies, and organizations with government
agencies towards unleashing new ideas of
doing business, and creating the next breed of able entrepreneurs.
KUS-BP would like to welcome your organization to join and support this initiative by
becoming one of our partners,
as well as potentially also involve in any of the hundreds of planned
activities around the country, and tens of thousands other activities globally
– be sure to register at
http://gewmalaysia.com to partner or to receive updates about the Week.
Sincerely yours,
KUS-PID Balik Pulau Secretariat
Email
Facebook
Twitter
LinkedIn
MySpace
Digg
Delicious
Reddit